Kaki wayang hari ini layan menonton filem hantu terbaru hollywood iaitu Annabelle: Creation atau sequel ketiga kalau tak salah aku ler.
Kisah filem Annabelle: Creation berkisar tentang keluarga pembuat patung bernama Mullin yang telah kehilangan anak perempuan mereka setelah anal mereka dilanggar oleh kereta.
Setelah 12 tahun, keluarga ini bersetuju untuk menjaga anak-anak yatim serta cikgu mereka. Malangnya kedatangan mereka ke rumah ini adalah satu kesilapan yang amat besar dimana roh jahat yang menumpang di patung anak perempuan mereka telah mengganggu penghuni anak-anak yatim ini. Terutama Janice anak yatim yang cacat kakinya akibat polio.
Pelbagai peristiwa menyeramkan berlaku di dalam rumah ini. Agak suspen juga lee nak tonton kat panggung wayang...hahahaha.
Rupanya kedatangan roh jahat tersebut berpunca dari keluarga Mullin yang menyeru roh anak mereka kembali tetapi sebenarnya bukan anak mereka yang kembali tetapi setan yang menduduki patung anak perempuan mereka.
Walau bagaimana pun , akhirnya roh tersebut berjaya merasuk kedalam tubuh Janice dan bermulalah pembunuhan mengerikan berlaku dimana pasangan Mullin dibunuh dengan kejam.
Anak-anak yatim itu juga hampir dibunuh tapi berjaya diselamatkan oleh cikgu mereka.
Nak kata seram sangat, tidaklah terlalu seram. Beresuaian dengan P13 untuk kanak-kanak menontonnya...hehehehehe.
Watak anak yatim Janice memang menjadi dan rakannya Linda pun tak kurang hebatnya dalam menunjukkan ekspresi muka yang berada dalam ketakutan. Kasihan pada mereka yang tak habus-habis kena kejar dengan hantu jahat tersebut.
Jika kita penonton setia sequel Annabelle mungkin filem ini hebat. Tapi aku bukan penonton filem ini, agak kabur sedikit.
Rating filem Annabelle: Creation wajar diberikan 4/5. Pelakon yang hebat terutama pelakon kanak-kanak yang dipilih memang terbaik.
Latar belakang filem pada tahun 40an dan suasana rumah yang redup dan mistri memberi nilai yang kuat untuk filem seram sebegini.
Suspen adalah ayat yang terbaik untuk penonton filem ini. Memang suspen, sampai aku terpaksa sorak muka aku kat kerusi panggung wayang..ahaks.
Seram? Aku pernah lihat filem yang lagi menyeramkan dan menakutkan serta pembunuhan yang begitu ganas. Kalau itu maksud anda...
P13 sesuai dengan keganasan dan keseraman filem ini. Sepanjang menonton filem ini anda tidak sedar waktu berlalu.
Rating 4/5 aku berikan hanya kerana keseramannya yang tak begitu seram. Aku profesional bila diminta menilai sesuatu filem. Maaf yek...