The King Korean Movie Review And Sinopsis - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

The King Korean Movie Review And Sinopsis

 

The KIng Korean Movie Review And Sinopsis

The King Korean Movie

The King (Korean: 더킹) is a 2017 South Korean crime drama film written and directed by Han Jae-rim, starring Zo In-sung, Jung Woo-sung, Bae Seong-woo, Ryu Jun-yeol, Kim Eui-sung, and Kim Ah-joong.[3][4][5]

Mengisahkan Park Tae Soo yang berjaya menjadi seorang pendakwaraya, namun dirinya kurang berpuas hati dengan gajinya yang kurang lumayan. Dirinya kemudian berkahwin dengan anak orang kaya yang bernama Lim Sang Hee, selepas berkahwin hidupnya mula berubah menjadi senang. Suatu hari Park Tae Soo mendapat tugasan untuk menyiasat satu kes rogol pelajar sekolah dan sekaligus mendakwa perogol tersebut yang bernama Song Baek Ho. Park Tae Soo bertegas untuk menghukum perogol itu walaupun S.Baek Ho mempunyai kuasa dan duit. 

Disebabkan kes ini, Park Tae Soo telah berpeluang untuk berjumpa dan bekerja dengan idolanya iaitu Han Kang Sik tapi dengan satu syarat, dimana syaratnya adalah dia perlu menarik diri dari kes berkenaan. Walaupun agak keberatan pada awalnya, Park Tae Soo akhirnya bersetuju dan mula bekerja dengan Han Kang Sik dan Yang Dong Chul. Ketika bekerja dengan Han Kang Sik, dia mula memperoleh banyak duit dan juga kuasa, segala kes yang mereka wakili akan berjaya. 

Park Tae Soo mula hanyut dengan dunianya lalu dirinya juga mula curang dengan isterinya sekaligus menjadi punca penceraiannya dengan isterinya. Kawan Park Tae Soo iaitu Choi Doo Il akan menjalankan kerja - kerja haram untuk kawannya itu serta untuk Han Kang Sik. Walaubagaimanapun Han Kang Sik menasihati Park Tae Soo agar tidak terlalu rapat dengan Choi Doo Il kerana Choi Doo Il hanyalah seorang ketua samseng.

Hidup Park Tae Soo mula tidak tentu arah apabila Han Kang Sik dan Yang Dong Chul mengkhianatinya dan memberi amaran agar dirinya tidak lagi membabitkan diri dalam dunia pendakwaraya. Tidak cukup dengan itu, Han Kang Sik juga merancang untuk membunuh Park Tae Soo. Hal ini diketahui oleh Choi Doo Il dan dia cuba menyelamatkan Park Tae Soo dengan melanggar kereta yang dinaiki Park Tae Soo dan Han Kang Sik itu. 

Kemudian Choi Doo Il pula dibunuh oleh ketua kongsi gelap yang bersubahat dengan Han Kang Sik itu. Hal ini kemudiannya didedahkan oleh pembantu Choi Doo Il kepada Park Tae Soo. Akhirnya Park Tae Soo memutuskan untuk membalas dendam pada Han Kang Sik dan juga orang kanannya itu. Park Tae Soo bekerjasama dengan seorang lagi pendakwaraya yang bernama Ahn Hee Yeon yang sudah lama memburu Han Kang Sik. 

Park Tae Soo kemudiannya cuba berbaik - baik dengan bekas isterinya itu dan cuba meminta bantuan mertuanya untuk membantunya memasuki bidang politik. Park Tae Soo juga cuba mendedahkan kegiatan jahat Han Kang Sik dan konco - konconya itu, malah Park Tae Soo juga membuat keputusan drastik untuk bertanding dalam pilihanraya. Segala hal yang dilakukan Park Tae Soo memberi kesan pada Han Kang Sik dan orang kanannya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya.? 

Play At Netflix

The King Korean Movie Kaki Wayang Review

The acting is solid in this movie, though both Chalamet and Pattinson lay it on a bit thick for their respective characters. Overall, this film is worth watching if you are a fan of historical epics. If you are not a fan of the genre, do not bother; you will hate it.

The KIng Korean Movie Review And Sinopsis

The King Korean Movie Trailer