ZOMBIELAND DOUBLE TAP (2019) REVIEW DAN SINOPSIS - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

ZOMBIELAND DOUBLE TAP (2019) REVIEW DAN SINOPSIS


Akhirnya keluar juga filem kedua Zombieland iaitu Zombieland Double Tap atau Zombieland 2.

Yang hebat tentang filem ini ialah pelakon asal filem ini masih dikekalkan setelah hampir 10 tahun ia berlalu dari filem perta 

Sinopsis:
Zombie slayers Tallahassee, Columbus, Wichita and Little Rock leave the confines of the White House to travel to Graceland in Memphis, Tenn. 

Along the way, they encounter other post-apocalyptic warriors and a group of survivors who find refuge in a commune. 

The scrappy fighters must now rely on their wits and weapons more than ever as they soon find themselves in a relentless battle against smarter, faster and seemingly indestructible zombies.

Dalam filem ini kisahnya amat mudah dimana hero kita Columbus bercinta dengan Wichita dan melamarnya hingga Wichita melarikan diri dengan adiknya Little Rock.

Dalam perjalanan mereka, bertemu dengan pemuda bernama Berkeley dan kemudian Little Rock melarikan diri bersama Berkeley. Wichita terpaksa meminta tolong Columbus dan Tallahassee dimana maklumat terakhir adiknya akan ke Graceland iaitu tempat tinggal Elvis.

Pada masa yang sama ujud beberapa pelakon baru iaitu Madison yang mereka jumpa di pasaraya. Watak pompuan yang mengada-ngada. Dan juga watak baru bernama Nevada yang menolong mereka ketika diserang oleh zombie.

Perjalanan mereka akhirnya mereka tiba di penempatan manusia bernama Babylon yang mengamalkan sifat damai dan tiada senjata.

Dan Babylon akan diserang oleh Zombie nanti dan mereka semua akan menentang zombie tersebut. Ini adalah jalan cerita filem Zombieland 2 ni.

Jalan cerita yang mudah dan kelakar. Memang kelakar filem ni. Kalau kau nak logik dalam filem ni, aku nasihatkan jangan tengok sebab ia tak logik dan ganas macam filem zombie yang pernah anda tengok.

Yang aku suka ialah peraturan-peraturan Columbus yang menjadi inti filem ini dan menyelamatkan mereka nanti. Macam-macam peraturan kelakar.

Selain itu mereka juga telah klasifikasikan beberapa jenis zombie seperti Homer iaitu zombie bodoh, Hawking iaitu zombie yang pandai, Ninja iaitu zombie yang bergerak pantas dan tahu-tahu anda diserang dan akhirnya T-800 atau Bolt iaitu zombie mutan yang lagi bijak, kuat, semangat kuat  dan sukar dibunuh.

Zombie T800 inilah akan mereka hadapi nanti semasa mereka menyerang penempatan Babylon.

Rating filem ini aku berikan 4.5/5 kerana sepanjang filem ini ia penuh komedi. Watak Madison iaitu watak perempuan mengada-ngada dan bodoh amat kelakar dan menjadi.

Melihat Tallahassee berpakaian Elvis serta perangainya yang menjengkelkan masih kekal terbaik...

Melihat cara mereka membunuh zombie secara berpasukan dan selamba memang terbaik. Sebab itu filem ini dikategori 18sx kerana agak ganas cara mereka bunuh zombie ini.

Filem Zombieland Double Tap atau Zombieland 2 ni aku rekemen anda temgok sebab ia berbeza dari filem zombie yang lain. Betul.. kalau tak caya tengoklah.