Annabelle Comes Home Sinopsis - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Annabelle Comes Home Sinopsis

Ed and Lorraine Warren
Annabelle Comes Home adalah sekuen filem Conjuring tentang pasangan Warren Ed and Lorraine Warren yang terkenal melawan syaitan. Dalam filem ini Annabelle Comes Home aku rasa adalah penutup untuk patung berhantu Annabelle yang cukup sinonim dengan peminat Conjuring ini.

Jika anda pernah menonton  Annabelle Creation 2017 iaitu bagaimana patung Annabelle ini dicipta dan filem Annabelle Comes Home ini adalah penutup bagaimana Annabelle telah dikurung dan terlepas. Jika anda bukan peminat sekuen Conjuring tak salah aku ada 7 sekuan pasti anda akan blur sekejap tetapi jangan risau ia tidak mengena dengan filem-filem lain. Untuk kisah Annabelle ini filem pertamanya ialah pada tahun 2014. so termasuk yang ini ada 3 filem tentang Annabelle. OK, tamat sejarah tentang filem ini..hehehehehe.

Annabelle Comes Home bermula apabila pasangan Warren membawa pulang patung Annabelle untuk dikurungkan dan semasa perjalanan membawa pulang mereka hampir maut. Rupanya patung Annabelle ini seperti yang dikatakan oleh Lorraine ia adalah "She a beacon of others spirits" bermaksud Annabelle ini berkuasa menarik semua roh berkumpul.

Setelah sampai di rumah mereka, Annabelle telah disucikan tapi gagal maka ia terpaksa di kunci di almari kaca khas dari Gereja Trinity barulah kuasanya dapat dibendung.

Nak dijadikan cerita ialah pasangan Warren mempunyai tugas luar dan telah memanggil pengasuh mereka iaitu Mary Ellen menjaga anak perempuan mereka Judy semasa ketiadaan mereka. Pada masa yang sama rakan Mary Ellen iaitu Daniella juga membantu menjaga Judy.

Untuk pengetahuan Judy juga mempunyai keistimewaan sama seperti emaknya dapat melihat roh yang mati dan ini membuatnya risau tetapi beliau tidak memberitahu sesiapa.

Cerita bermula apabila rakan Mary Ellen iaitu Daniella telah menyelinap masuk ke kamar simpanan mistik pasangan Warren dan secara tidak sengaja telah membuka pintu kaca yang mengurung Annabelle. Tujuan beliau ke kamar Warren ialah untuk mencari artifak agar beliau boleh berjumpa dengan roh ayahnya. Namun beliau tidak ketahui yang beliau telah melakukan satu kesilapan besar dengan membebaskan Annabelle.

Annabelle Comes Home ini berkisar tentang 3 watak  iaitu Judy, Mary Ellen dan Daniella yang telah diganggu oleh semua roh yang terdapat kamar rahsia tersebut. Seperti yang dikatakan oleh emak Judy, Annabelle ini adalah suar pemanggil roh telah mengejutkan semua roh jahat dalam kamar trsebut dan mengganggu mereka bertiga.

Memang teruk mereka diganggu oleh roh jahat tersebut dari hantu pengantin, serigala neraka dan pelbagai lagi, Cara untuk menyelesaikan masalah mereka ialah mencari Annabelle dan kurungkan semula di almari kaca. Namun ia bukan tugas yang mudah. Filem ini banyak berkisar tentang Judy yang mempunyai kuasa istimewa melawan roh jahat.

Tak perlu aku jelaskan suspen filem ini dari mula hingga akhir. Memang suspen giler ler..hehehehe. Dapatkan mereka mengurung semula Annabelle ini. Rating filem ini aku berikan 4/5, agak rendah dan pertengahan kerana aku dan menonton semua kisah Annabelle ini dan kadar ketakutannya dari rating 10 aku kasikan 5 yer... Ketakutan melihat filem ini bergantung pada masing-masingn punya pandangan. Sebab aku kasi 5 untuk kadar ketakutan sebab aku pernah melihat filem lagi seram.
Tapi semasa aku menonton filem ini , ada sorang lelaki dalam panggung menjerit..ketawa satu panggung...mungkin kadar ketakutan untuk lelaki 9/10 kot..ahaks.

Rating keseluruhan 4/5 ialah kisah filem ini berkisar dalam rumah sahaja dan watak Judy memang menyakinkan. Pelakon yang cukup baik.