Sebelum aku bercerita tentang filem MISTERI DILAILA ini, ingin aku ingatkan filem ini terdapat 2 versi iaitu V1 dan V2. Aku menonton V2 dimana Jefri lakonan Zul Arifin tidak mati dalam filem ni. Manakala aku dengar dalam V1 Jefri mati dan Dilaila hidup.
Pertama kali dalam sejarah filem tempatan ada 2 versi. Mahu tak mahu kena tonton 2 kali versi ni. Strategi jahat...hehehe tapi bijak.
Filem MISTERI DILAILA sinopsisnya Pasangan suami isteri, Jefri dan Dilaila bercuti di sebuah rumah banglo di Fraser Hill, Pahang milik arwah bapa Dilaila. Malam pertama di rumah tersebut, Jefri telah diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya sudah hilang. Jefri yang risau dengan keselamatan isterinya terus menghubungi pihak polis untuk mengesan Dilaila. Imam Aziz muncul dengan berita gembira memaklumkan Dilaila sudah dijumpai dan berada dalam keadaan selamat. Jefri yang pada mulanya berasa lega kini terkejut dengan kepulangan isterinya kerana wanita yang muncul bersama Imam Aziz adalah orang lain yang mengaku dirinya adalah Dilaila, isteri Jefri. Persoalannya siapakah yang betul dan siapakah yang salah dalam situasi ini?
Inilah kehebatan filem ini dimana dalam V1 ini Jefri ingat dia gila kerana isterinya bertukarvorang lain rupanyabia adalah komplot adik Dilaila, inspektor penyamar lakonan hebat Rosyam Nor serta isteri palsu Jefri iaitu Farah. Tidak dilupakan Pak Imam. Semuanya berpakat untuk merebut harta Dilaila dan salahkan Jefri dalam hal ini.
Namun semuanya gagal apabila Jefri berjaya larikan diri dan pada masa yang sama anggota polis sebenar dapat mengesahkan si Rosyam Nor ni inpektor palsu. Memang pening filem ini dan inilah yang menarik kerana klimak filem ini kita ketahui pada penghujung filem. Kita tak akan dapat menduga perjalanan filem ni.
Tapi aku agak hairan dengan keujudan watak hantu dalam filem ini yang langsung tidak menyumbang apa-apa signifikan pada filem ni. Kalau hantu ni tak ujud, filem ni tetap boleh berjalan dengan baik.
Hantu dalam filem ini hanyalah sebagai gimik mengejutkan penonton dalam panggung wayang. Dari mana ia berasal aku pun tak tahu. Ia muncul dalam rumah banglow dan kacau si Jefri.
MISTERI DILAILA adalah sebuah filem perkomploton oleh adik Dilaila iaitu Farid yang ingin merampas harta Dilaila dengan mengupah 3 orang penjenayah ni Pak Imam, Inspektor dan isteri palsu Jeff. Dengan bertujuan untuk mendapatkan cek RM7juta Dilaila.
Hantu dalam filem V1 ini adalah watak tambahan. Aku berikan ranking 4.6/5 kerana plot cerita yang sentiasa diklimak yang tinggi, cinemagrafi yang baik. Itu kehebatan Syafiq yang aku suka kerana ia memang kreatif.
Aku terpaksa menonton V2 kalau nak tahu apa bezanya filem MISTERI DILAILA V1 dan V2 ini.
Walau apapun filem ni filem yang wajib tengok. Anda takkan rasa rugi lihat filem ni.
Tambahan:
Aku suka melihat lakonan Rosyam Nor yang buat- buat mental masa nak bunuh polis dan Jefri. Dia memang pelakon kelas A.