THE KID WHO WOULD BE KING - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

THE KID WHO WOULD BE KING

THE KID WHO WOULD BE KING
Semalam aku menonton sebuah filem kanak-kanak iaitu The Kid Who Would Be King. Aku tak boleh kasi rating sebab filem ini fiem kanak-kanak dan jika aku bandingkan dengan filem-filem lain ianya memang tak wajar sangat. Filem kanak-kanak standard pun macam kanak-kanak, kurang logik.


Cerita The Kid Who Would Be King ini bermula dengan Alex seorang budak lelaki yang kerap dibuli di sekolah bersama rakannya Bedder.  Mereka sering dibuli oleh Jack dan Kaye.


Pada suatu Jack dan Kaye telah mengejar Alex kerana menyebabkan mereka kena kelas tahanan. Semasa mengejar lex ia telah terjatuh ke sebuah tapak Kawasan pembinaan. Semasa bangun beliau melihat sebilah pedang sedang tercack kat sebuah batu konkrit.


Maka beliau pun cabut pedang tersebut. Ia bawa pedang tersebu balik rumahnya . Pada masa yang sama ahli sihir zaman Arthur iaitu Morgana telah tersedar bahawa pedang Excalibur telah dicabut. Ia meminta makhluknya untuk membunuh Alex dan merampas pedang tersebut . Pada masa yang ahli sihir terkenal zaman Arthir iaitu Merlin juga telah tiba untuk membantu Alex dengan menyamar menajdi rakan sebaya Alex.


Pada waktu malam, Alex terkejut makhluk bawah tanah telah cuba  membunuhnya tapi berjaya diselamatkan oleh Merlin. Keesokannya Alex dan Bedder bertemu Merlin dan ia memberitahu mereka harus mencari Morgana dan membunuhnya, Mereka juga mesti mencari sekutu untuk membantu mereka melawan kuasa jahat tersebut.


Nak di jadikan cerita semasa Alex dan Bedder bersembunyi dikawasan pembinaan, mereka telah terserempak dengan Jack dan Kaye. Pada mulanya Jack dan Kaye tidak percaya bahawa Alex adalah pahlawan yang memiliki pedang Excalibur. Setelah mereka di kejar oleh makhluk bawah tanah barulah mereka yakin.


Keempat-empat mereka harus membunuh Morgana dan tempat pertama yang haru smereka pergi ialah tanaj tumpah Arthur ( Raja Camelit) iaitu terletak di Tetangil. Merlin membawa mereka pergi ke sana dengan menggunakan sihirnya. Sepanjang perjalanan mereka ke Tetangil, pelbagai perkara berlaku (itu anda kena tengok sendiri ler).


Akhirnya mereka menemui pintu masuk bawah tanah ke tempat Morgana. Mereka harus membunuh Morgana sebelum gerhana matahari. Dalma perlawanan antara Alex dan Morgana, ia berjaya menikam Morgana. Dan mereka yakin telah membunuh Morgana, rupanya Alex hanya mencederakannya sahaja.


Mahu tak mahu Alex dan 3 satrianya Bedder, Jack dan Kaye terpaksa menggunakan khidmat rakan sekolah mereka dalam membantu mereka memerangi askar Morgana. Pertempuran pun berlaku dan Morgana bertukar menjadi naga dan menyerang Alex tapi akhirnya Alex dan Merlin berjaya menangkap dan membunuh Morgana.


Jalan cerita The Kid Who Would Be King memang cukup mudah dan untuk aku ia amat santai di tonton. Kalau bawa anak-anak berumur dari 8 hingga 12 tahun memang mereka cukup seronok ler kena tipu…hahahahaha. Tu sebab aku tak mahu kasi rating, nanti kecewa kanak-kanak sedunia.


Namun aku dan isteri aku puas hati dapat menonton file mini. Dalam hati kami kami beri rating 5/5..hehehehe