Filem Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw bakal ditayangkan di pawagam bermula 22 November 2018 ini. Filem ini diarahkan oleh Joel Soh dan Andre Chiew.
Menampilkan gabungan pelakon 3 buah negara dimana daripada Malaysia menampilkan Shaheizy Sam, Zizan Razak, Erra Fazira, Soffi Jikan, Shafiq Naswip, Riz Amin, Hairul Azreen, Dennis Yin, Hairie Othman, Rusdi Ramli. Pelakon Singapura menampilkan Hasnul Rahmat, Jeff Catz dan Fir Rahman. Manakala pelakon Indonesia dibintangi oleh Raline Shah, Mike Lucock dan Tanta Ginting.
TAJUK : POLIS EVO 2
Genre : Aksi
Tarikh Tayangan : 22 November 2018
Tarikh Tayangan : 22 November 2018
Pengarah : Joel Soh & Andre Chiew
Produksi : Astro Shaw & Blackflag Sdn Bhd
Pelakon : Zizan Razak, Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Mike Lucock, Tanta Ginting, Soffi Jikan, Ramdan Misnon, Syafie Naswip, Riz Amin, Jeff Catz, Hairul Azreen, Fir Rahman Dennis Yin
SINOPSIS POLIS EVO 2
Inspektor Sani dan Khai kini terlibat dalam sebuah misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di pantai timur. Suasana bertukar keruh apabila sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Hafsyam Jauhari menyerang dan menawan pulau tersebut. Sani ditahan oleh kumpulan pengganas itu bersama dengan 200 orang kampung yang dijadikan tebusan, manakala Khai pula terperangkap di kawasan kampung.
Sani cuba melawan ketua kumpulan pengganas itu dari dalam tempat tahanan selepas menyaksikan sendiri keganasan kumpulan tersebut. Khai pula berjaya menemui seorang polis perisik dari Indonesia dan 4 orang anggota pasukan khas yang dihantar oleh kerajaan Malaysia.
Mereka bertujuh ini bersama-sama menyahut cabaran yang paling getir dalam kerjaya mereka sebagai polis untuk menumpaskan Hafsyam Jauhari bersama kumpulannya dan menyelamatkan lebih 200 tebusan di pulau itu.
RATING DAN REVIEW
POLIS EVO 2 boleh aku berikan rating 3.5/5. Sebuah filem aksi yang hebat dan hampir sebaik filem Paskal.
POLIS EVO 2 tahun ini agak mencabar dari segi rating kerana tahun ini banyak filem melayu yang meletop dan kehadiran POLIS EVO 2 haruslah lebih baik dari itu. Itulah cabarannya.
Tidak mengecewakan aksi lawan oleh pelakon filem ini terutama Shaheizy Sam pelakon kelas A yang menghidupkan filem ini. Zizan Razak juga berjaya memainkan emosi yang terbaik apabila rakannya ditembak dihadapan matanya. Tanpa mereka aku rasa filem ini mesti boring.
Dari mula hingga akhir, filem ini penuh dengan aksi yang tidak menjemukan. Tembak menembak dan aksi lawan memang nampak real dan memberi kita debaran yang tinggi.
Kenapa aku berikan 3.5 kerana dalam filem ini semua orang baik mati termasuk polis anti pengganas. Yang hidup si Khai dan Sani. Lain semua mati. Dah macam filem omputih zaman 90an lakonan Arnold filem Comander..hehehe.
Akhirnya semua pengganas yang ramai serta polis mati dikerjakan. Yang hidup dua hero kita ni. Tak logik walaupun ia cuba dilogikkan oleh pengarah. But it fun melihat hero kita terutama Khai beraksi mati- matian. Kena tikam dan tembak tapi steady jer..
Lagi satu ia dapat 3.5 rating ialah bantuan dari unit luar lambat sangat. Hero kita dengan awek Indon serta dengan polis anti pengganas seramai 4 orang terpaksa mempertahan kawasan tebusan dari diceroboh selama 30 minit.!!!
7 orang bermatian pertahankan orang kampung yang jadi tebusan dari diserang oleh pengikut Imam Husyairi. Itu tak logiknya. Kita ada speed boat dan ada helikopter, nak hantar bantuan amik 30minit. Hingga semua pengganas mati, dia orang tak sampai- sampai lagi. Satu lagi cerita epik yang biasa kita tengok dalam filem 90an..hihihihi.
Itu pendapat aku ler. Sebab itu ia dapat 3.5, kalau tak konpem 4.8/ 5 aku kasi markah.