JOHNNY ENGLISH STRIKES AGAIN - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

JOHNNY ENGLISH STRIKES AGAIN

JOHNNY ENGLISH STRIKES AGAIN
JOHNNY ENGLISH STRIKES AGAIN aku tengok semalam. Filem ini adalah kesinambungan ke 3 filem Johny English. Rasanya tak perlu dikatakan tentang Johny English ini kerana watak ini memang dikenali ramai dengan pelakon Rowan Atkinson atau popular dengan nama Mr. Bean.

JOHNNY ENGLISH STRIKES AGAIN kali ini berkisar London telah diserang dengan serangan siber dan semua nama ejen M17 telah terdedah. Mahu tak mahu M17 terpaksa memanggil semula ejen lama mereka dan English telah terpilih untuk mengetuai siasatan. Dalam filem ini Johny English tanpa Bough memang tak sah. Bough adalah penyelamat Johny English sejak dari dulu lagi.

Dimana penjenayah digital iaitu Jason Volta telah memperdayakan Perdana Menteri Britain dengan mengambilalih data digital Britain setelah menakutkan London dengan memutuskan kawalan trafik dan sebagainya.

Volta bercita-cita ingin menguasai data digital negara Eropah semasa mesyuarat G17 diman ia memaksa semua pemimpin negara G17 membenarkan beliau mengawal data mereka. Tugas English ialah menghalang Volta tetapi macam biasa ia dihalang oleh Perdana Menterinya sendiri akibat hasutan Volta.

Bagaimana Johny English menghalang rancangan jahat Volta? Siapakah wanita misteri yang cuba membunuh Johny English?

Dari mula lagi filem ini memang kelakar sangat. Paling kelakar ialah semasa  English minum bersama dengan ejen rahsia Rusia yang cun iaitu Ophelia. Gaya lebih tapi payung minuman sampai tercucuk kat hidung.

Selain itu English yang buta IT tak nak pakai semua teknologi digital memag kelakar terpaksa pakai pndok telefon untuk telepon M17. Selain itu bagaimana ia telah melancarkan misil dari kapal selam nuklear.

Nak cerita tentang kelakar memang banyak. belum lagi tentang kebodohan Johny English ini. wajib tengok JOHNNY ENGLISH STRIKES AGAIN  dan aku rasa anda pun setuju.