Filem terbaru tamil iaitu Tik Tik Tik . Sebuah tajuk yang sangat simple dan mudah di ingati. Cerit aini tentang pengembaraan angkasa lepas
dalam menyelamatkan bumi dari pelanggaran komet. secara khususny aIndia. Dimana
pelanggran ini akan menyebabkan kematian 40 juta penduduk India.
Dalam usaha menyelamatkan bumi dari terkena impak
asteroid/komet mereka terpaksa letupkan komet itu kepada dua bahagian dari
angkasa lepas dan masalah pula timbul
iaitu untuk meletupkan komet
tersebut mereka harus menggunakan 200 kiloton tenaga nuklear. Dan untuk mendapatkan 200 kiloton nuklear itu
mereka terpaksa mencurinya di stesen angkasa lepas milik Cina.
Dalam filem Tik Tik
Tik ini mereka mempunyai dua misi
iaitu meletupkan komet dan mencuri misil nuklear di stesen angkasa lepas Cina.
Memang payah dan untuk melaksanakan ini mereka harus menggunakan pencuri yang
handal. Mereka menjumpai seorang pencuri handal bernama M.Vasu iaitu dilakonkan
oleh pelakon India yang popular Jayam
Ravi yang juga merupakan ahli silap mata yang dipenjara kerana mencuri bahan
bukti yang disembunyikan oleh polis korup untuk menganiaya orang. Selain itu
vasu juga mempunyai dua rakan beliau iaitu Venkat dan Venugopal yang mahir
tentang mengodam computer.
Mereka bertiga telah dipilih untuk menjalankan misi tersebut
bersama dua orang anggota tentera iaitu Raguram dan pelakon watak wanita yang
cun iaitu Nivertha yang memegang watak Swathi sebagai juruterbang kapal angkasa
lepas. Mereka berlima kemudian pun berlepas ke angkasa lepas, tiba-tiba Vasu
menerima satu panggilan dari orang yang tidak dikenali menyuruhnya mencuri misil
200 kiloton tersebut, jika tidak anaknya bernama Ravi akan dibunuh. Mahu tak
mahu Vasu terpaksa mengikut arahan panggilan misteri itu dengan mensabotaj
kapal angkasa tersebut dengan memotong salur minyak kapal angkasa mereka.
Akhirnya kapal mereka terpaksa mendarat di bulan dan untuk
mendapatkan minyak tambahan mereka terpaksa pergi stesen angkasa yang mereka
rancang untuk mencuri misil nulear tersebut. Akhirnya mereka sampai ke stesen
angkasa tersebut tetapi telah ditahan kerana kapten stesen angkasa itu tahu
mereka merancang untuk mencuri misil kepunyaan mereka. Dan Kapten Li Wei itu
merupakan pelakon handalan Malaysia iaitu Aaron Aziz. Terperanjat juga aku
melihat Aaron berlakon dalam filem Tamil dan aku salute kerana ada pelakon
Malaysia yang berlakon dalam filem Tik Tik Tik budget besar yang mendapat
rating 7/10 1MDb.
Vasu berusaha mencuri
misil tersebut dan memang awesome cara pencuriannya. Akhirnya mereka berjaya
mencuri misil nuklear tersebut dan pergi
untuk meletupkan komet tersebut.
Bagaimana Vasu hendak menyelamatkan anaknya dan sanggupkah beliau
membiarkan 40 juta penduduk India terbunuh semata-mata untuk menyelamatkan
anaknya. Siapakah pemanggil misteri itu yangberjaya menembusi system komunikasi
kapal angkasa mereka?
Semu ini akan terjawab apabila anda menonton filem Tik Tik
Tik ini,,,hehehehe
Rating peribadi aku untuk filem iniialah 3/5 sahaja. Sebab
standard animasi filem iini begitu rendah. Ia cuba ikuti isi penting filem Bruce Willis Aramageddon tapi gagal
kerana teknik animasiny agak buruk dan tidak menyakinkan. Kapal terbang angkasa
pun nampak macam tipu jer dan paling lawak, masa mereka jatuh ke bumi gunakan
pod angkasa ia jatuh kat tasik siap anggota tentera tunggu. Yang selamatkan
mereka pula hanya speed bot ambil mereka dari pod angkasa.Baju angkasa pula tak
gah sangat, namapak macam baju biasa sahaja. Itulah kelemahan filem ini. Jalan
cerita boleh tahan ler, penuh dengan aksi dan debaran tapi cukup mendebarkan
sangat. Untuk aku filem India belum bersedia untuk membuat filem animasi secara
serius dan standard tinggi seperti Hollywood.