THE EQUALIZER 2 - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

THE EQUALIZER 2

THE EQUALIZER 2

Filem terbaru lakonan Denzel Washington yang memegang watak Robert McCall dalm siri filem THE EQUALIZER 2. Sebelum ini  THE EQUALIZER telah dimainkan pada tahun 2014.
Kelainan filem ini dari filem-filem lain ialah cara aksi McCall yang membelasah orang dengan gaya macam filem John Wick. Kesemuanya punyai karisma sebagai pembunuh yang hebat.

Filem THE EQUALIZER 2 ini bermula apabila rakan baiknya Susan Plummer telah dibunuh ketika menyiasat pembunuhan pembunuhan di Brussel. Dimana beliau telah ditugaskan menyiasat bersama ejen bernama  Dave York. Rupanya Dave York adalah pembunuh telatih telah membunuh rakan McCall iaitu Susan semasa dihotel,

McCall menyiasat dan mendapati pembunuh itu adalah rakan sepasukannya sendiri. Rupanya McCall pernah berada satu pasukan dengan York dan beberapa rakan mereka sebagai pembunuh profesional tetapi beliau telah meninggalkan tugasan beliau setelah isterinya mati terbunuh,

Bermulalah aksi hebat apabila rakan-rakan lamanya mula hendak membunuhnya tetapi beliau pakar dalam memerangkap mereka dan akhirnya mereka semua diumpan oleh McCall ke kawasan perumahan lama beliau dengan isterinya dan membunuh mereka satu persatu.


Inilah sinopsis ringkas filem  ini tetapi dalam filem ini aksi yang ditunjukan memang penuh skill. Di awal filem ini awal-awal lagi McCall telah membelasah sekumpulan anak orang kaya yang menganiaya wanita. Hanya guna kad kredit jer. Hawau tuii.

Selain itu ia juga membantu seorang anak gadis yang diculik dan membunuh penculik tersebut dikeretapi di Pakistan dan memang dahsyat aksinya itu.

Selain itu ia juga membantu seorang anak muda bernama Miles yang bergaul dengan budak-budak jahat dengan membuat grafiri di kawasan perumahan mereka. Dalam filem ini Miles telah diculik oleh rakan McCall sebagai mengugutnya tapi ia tidak melemahkan McCall.


THE EQUALIZER 2 ini saya berikan rating 4/5 sahaja sebab filem pertama untuk aku lagi best dari ini secara peribadi. Filem kedua ini ending dia tak begitu tragis sangat. Hanya membunuh mereka di kawasan perumahan sahaja dan York mati pun dengan mudah.