HANTU KAK LIMAH - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

HANTU KAK LIMAH

HANTU KAK LIMAH
Hantu Kak Limah sebuah filem meletup dan kutipan tertinggi melebihi RM25 juta. Wow!!

Hebat tak filem ini yang berjaya mencapai kutipan hebat. Aku mula masuk panggung menonton filem ini pada minggu ketiga. Dan masih pecah panggung dengan full seat.

Filem ini bermula dengan kisah Khuda baru bernikah dengan Kak Limah.  Dan tiba- tiba orang kampung menjumpai mayat Kak Limah di kebun.

Yeh, ahli jawatankuasa komunikasi Kampung Pisang mengetuai urusan pengkebumian mayat Kak Limah. Pada masa yang sama, Khuda ditemani Husin dan Shazwani pergi menangkap burung hutan tak ketahu kematian Kak Limah.

Sebaik sahaja mereka pulang ke rumah Khuda, mereka disambut oleh Hantu Kak Limah sambil makan bubur keladi.

Manakala mayat sebenar Mak Limah dijaga oleh Nayan kakitangan klinik. Dalam filem inilah watak yang paling kelakar dan pecah perut satu panggung melihat Nayan ketakutan diganggu oleh Hantu Kak Limah. Memang cukup kelakar.

Bermulalah kekecohan kat kampung Pisang apabila mereka tahu Hantu Mak Limah tengah berkeliaran. Watak- watak yang kelakau ialah mereka berlari apabila dikejar oleh Hantu Kak Limah.

Selain itu ada watak Bunian apabila Husin bercinta dengan anak perempuan raja bunian Eton. Tapi cinta mereka tidak dibenarkan antara bunian dan manusia.
Yang lawaknya ialah Husin lakonan Awie belajar bahasa bunian memang kelakar. Per Per atau Per Du..hahahahaha. Hawau tu.

Zul Ariffin juga ada berlakon dalam filem ini memegang watak bomoh Solihin kena belasah dengan Hantu Kak Limah ala-ala Ong Bak. Selain itu mereka semua masa sembunyi di rumah Solihin sempat menyanyi lagu lama. Hatiku Luka Lagi Nyanyian Black Dog Done memang kelakau.. Tapi aku tahu lagu yang dinyanyikan Awie dan Mus semasa pergi jumpa raja bunian iaitu Srikandi Cintaku nyanyian Bloodshed.

Zul Ariffin memang berusaha membawa watak komedi. Dan aku boleh katakan ia berjaya.


Selain itu ilmu pagar memagar yang diajar oleh Solihin pun kelakar. Masa bertapa untuk pagar dari Hantu Kak Limah dari terlepas, kita akan melihat kemunculan Dato Diva yang cuba mengurat Yeh Sekupang. Selain itu Husin, Wani dan Nayan pun diganggu oleh makhluk halus.

Kalau aku nak terangkan perjalanan cerita ni ialah agak sukar. Tahu sahajalah jalan cerita Mamat Khalid penuh kecelaruan dan tak logik...hahahaha.

Rating filem ini aku kasi ialah 4.9/5. Memang kelakau dan lari dari norma- norma kebiasaan. Cuma yang aku perasan momentum kelakar filem ini sedikit demi sedikit menurun pada filem ni. Kalau ia dapat kekalkan memang wajar dapat rating penuh.







HANTU KAK LIMAH