Justice League - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Justice League


Justice League 2017

Hari ini kaki wayang menonton filem sambungan Batman vs Superman yang menyebabkan Superman mati. Inilah sambungannya iaitu Justice League.

Dalam filem Justice League ini dunia di ancam oleh makhluk asing bernama Steppenwolf yang mempunyai kekuatan  melebihi dari Batman.

Steppenwolf dahulu adalah pemusnah dunia yang pernah menyerang dunia 5000 tahun dahulu Dia telah dikalahkan oleh penduduk Atlantis, penduduk Amazon dan manusia.

Alat pemusnah Steppenwolf terdiri dari 3 kotak pemusnah jika disatukan ia akan melenyapkan bumi menjadi padang jarak padang tekukur. Namun mereka semua sempat menghalang ketiga-tiga kotak tesebut dan mengalahkan Steppenwolf.

Ketiga-tiga kotak tersebut telah dipecahkan melalui jagaan 3 pahlawan iaitu Penduduk Atlantis, Penduduk Amazon dan Manusia.

Steppenwolf kini telah tiba du bumi dan sedang mengumpulkan semua kotak-kotak tersebut. Malahan beliau juga mempunyai askar-askat yang ganas. Memang ganas askar di aini, ia ujud kepada musuh yang dijangkiti oleh virus.

Batman harus mengumpul semua superhero untuk menentang Steppenwolf. Beliau tidak boleh menentang mereka semua seorang diri. Maka ia mengumpul semua superhero yang ada.

Dalam filem Justice League ini kita akan melihat bagaimana Batman memujuk Flash, Dan bagaimana Wonder Woman memujuk Cyborg menyertai mereka. Tidak dilupakan juga bagaimana Aquaman menyertai mereka setelah kotak yang mereka simpan di curi oleh Steppenwolf.

Perlawanan mencuri kotak kuasa paling best aku rasa ialah semasa Steppenwolf mencuri dari Amazon dimana aku rasakan agak hebat tapi Amazon kalah jug aler...heheheh.

Dalam filem ini pergaduhan tidak begitu banyak kerana ia adalah episod pengenalan keujudan Justice League. So ia banyak menceritakan tentang kisah Flash dan Cyborg serta Aquaman. Wonder Woman tak perlu diceritakan sebab dah ada filem tentang dia kan.

Yang menariknya ialah bagaimana mereka menghidupkan Superman setelah mereka ketahui tidak boleh mengalahkan Steppenwolf. Tak boleh ceritakan hal ini , anda kena tengok sendiri ler.. Apakah peranan Lios Lane dalam memulihkan ingatan Superman...emmm

Rating yang boleh aku berikan filem Justice League ini ialah 4/5. Ya, walau pun ia sebuah filem superhero tapi jalan ceritanya agak lambat,

Filem ini memang wajar ditonton, kita dapat melihat watak-watak yang  berbeza bersatu untuk menyelamatkan dunia ini.