Hari ini menonton filem terbaru The Great Wall lakonan Matt Damon memang terbaik. Rating yang boleh diberikan pada filem ini ialah 4.9/5.
Rating bukan 5/5 penuh hanya satu sebab iaitu aku tak mahu menyokong kononya orang barat akhirnya menyelesaikan masalah raksasa Taotie yang menyerang China selama 2 abad. Itu yang aku menyampah lihat filem barat ini, hanya 2 orang omputih boleh selamatkan satu China..
Selain itu semuanya terbaik dengan cinematografinya yang terbaik serta teknik peperangan menentang raksasa Taotie cukup mendebarkan.
Filem The Great Wall mempunyai kelainan yang ketara ialah teknik peperangan yang aku katakan. Tombak yang menakutkan serta pisau yang keluar dicelah-celah tembok memotong raksasa.
Serta pasukan elit penerjun wanita yang bertugas membunuh raksasa dari naik ke tembok besar China. Perlawanan hero dengan raksasa yang memang menarik.
Selain itu melihat mereka menangkap raksasa Taotie dalam usaha untuk menkaji kelemahan mereka dengan magnet yang dibawa oleh hero kita dari barat.Di China pada masa itu magnet tak der kot..hehehehe,
Serta melihat belon udara yang digunakan untuk mengejar raksasa tersebut yang telah terlepas ke bandar China.
Manakala watak jahat filem The Great Wall iaitu raksasa Taotie digarap dengan baik sekali. Memang ganas raksasa ini dan jumlahnya memang cukup banyak hingga mengerunkan. Ratu raksasa pula dilindingi oleh raksasa yang mempunyai pelindung yang kuat.
Selain itu dalam filem ini juga memupuk semangat kepercayaan yang memberi kekuatan pada tentera ini. Bagaimana mereka mengorbankan diri mereka untuk menyelamatkan yang lain.
Pelakon handalan Hong Kong Andy Lau juga berlakon dalam filem serta beberapa pelakon Hong Kong yang lain.
Aku mencadang anda melihat filem ini, aksinya memang cukup berlainan dari filem-filem aksi yang lain apatah lagi melibatkan zaman dahulu penggunaan senjata lama yang unik serta hebat.