Mission Impossible: Rogue Nation - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Mission Impossible: Rogue Nation

Mission Impossible: Rogue Nation


Kaki wayang hari ini nak bercerita tentang filem aksi terbaru iaitu  Mission Impossible: Rogue Nation lakonan Tom Cruise sebagai Ethan Hunt agen IMF.

Pembuka cerita jer ajer dah best...kikikiki. Naik kapalterbang yang sedang terbang serta lawak oleh pakar IT IMF Benji.

Kemudian cerita ini menjadi serius apabila Ethan ditangkap oleh organisasi bernama Syndicate yang cuba meyeksanya.

Dari situ bermulalah episod demi episod Ethan cuba menjejak  Syndicate dan pada yang melepaskan  dirinya dari buruan kerajaannya sendiri.

Rating yang boleh aku beri ialah 4.9/5. Melampau!!!! Tidak sebab ini filem Mission Impossible: Rogue Nation ini adalah filem kelimanya.

Dan isi cerita filem ini masih utuh dan kuat. Tidak lari dari misi-misi yang mustahil.
Aksi-aksi Mission Impossible: Rogue Nation yang terbaik ialah perlumbaan motosikal besar dilebuhraya. Memang cukup adrenalin bila menontonnya.

Kedua ialah cubaan Ethan menyelam dalam bilik komputer penuh air dan arus yang kuat.
Ketiga cubaan menculik Perdana Menteri Great Britain dengan skill asas Mission Impossible iaitu topeng penyamarannya.

Keempat aksi berlawanan di Opera Vienna dimana pembunuh upahan cuba membunuh Cauncelor Austria.

Kelima....opsss... nanti tak syok lak bila menontonnya...hihihihihi.

Sepanjang filem ini penuh dengan aksi dan anda tidak rugi menonton Mission Impossible: Rogue Nation.