Filem ini berkisat tentang sains fiksyen dimana seorang saintis telah mencipta satu jantung palsu serta darah genetik yang boleh memulihkan serta tumbuh semula anggota badan yang cedera.
Saintis tersebut telah menggunakan eksperimen pertama dan gagal. Andre manusia pertama yang diujikaji ingin membunuh saintis tersebut dan mencuri jantung serta darah genetik versi kedua ciptaan saintis tersebut dalam memulihkan dirinya.
Itulah bermulanya Jackie Chan membawa watak Lin dalam filem ini dimana ia ditugaskan melindungi saintis tersebut dan semasa melindungi saintis tersebut , kumpulan beliau telah diserang oleh Andre.
Dalam pertempuran yang hebat ini, Jackie Chan berjaya mengalahkan Andre dan menyelamatkan saintis tersebut. Dalam permulaan cerita ini juga sebelum Jackie Chan melindungi saintis ini , ia sebenarnya dalam perjalanan melihat anak perempuan beliau yang sakit tenat akibat kanser. Semasa dalam pertempuran itu, doktornya mengesahkan anaknya telah meninggal dunia.

13 tahun telah berlalu,, Jackie Chan sentiasa memerhati anaknya, Namun rahsia Xin Xin telah terbongkar apabila Xin Xin secara tidak sengaja memberitahu tentang dirinya melalui hipnosis yang dilakukan oleh pakar hipnosis yang beliau guna untuk membantu imbas kembali memorinya. Mereka telah menggunakan maklumat tersebut dan menerbitkan buku. Itulah punca rahsia Xin Xin terbongkar.
Bermulalah cerita bagaimana Andre serta Jackie Chan dan hero tambahan Leeson berusaha menyelamatkan Xin Xin.
Rating filem Bleeding Steel ini aku berikan 4/5. Sebuah filem aksi yang original, stunt yang dilakukan oleh Jackie Chan telah membawa memori lama aku tentang stunt hebat Jackie Chan. Terbaik terutama aksi pergaduhan di bumbung Sydney Opera antara Jackie Chan dan musuhnya. Memang kuat stamina si Jackie Chan ini walaupun dah tua bangka...hehehehe.
Bleeding Steel ini ada menggunakan teknik komputer grafik, dan ia tidak mengecewakan langsung. Sepanjang filemini penuh dengan aksi yang original atau versi Jackie Chan. Kalau anda rindukan filem-filem lama atau cara lakonan orginal Jackie Chan, inilah filem yang wajib anda tonton.
Jom tonton!!!