Baahubali 2: The Conclusion - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Baahubali 2: The Conclusion


Baahubali 2: The Conclusion

Kaki Wayang hari ini menonton filem Tamil terhebat iaitu Baahubali 2: The Conclusion. Sambungan tahu lepas filem Baahubali 1: The Beginning. Untuk filem pertama aku tak menonton di wayang tetapi download dari internet.

Aku sebenarnya pun tak tahu filem Baahubali ini tetapi secara tak sengaja terjumpa dalam channel Telegram yang memang khusus untuk download filem-filem ini . Tergerak hati lalu aku download ler, bila dah tengok best lak filem ini.

Tetapi sambungan pula...huhuhuhuhu. Aku pun tak tahu bila sambungannya sebab filem Tamil ini kat Malaysia bukannya di war-warkan sangat. Semasa kat kilang ada pula member India beritahu kawan dia tengah tengok filem kedua Bahubali ini.

Sekali lagi secara tak sengaja aku mendapat maklumat ini dan apalagi aku pun booking tiket wayang tetapi kat Melaka ia hanya main di MBO padahal aku dan wife aku sudah serasi dengan GSC.
Terpaksa download aplikasi MBO dan booking on line.

Baahubali 2: The Conclusion
Cerita dalam Baahubali 2: The Conclusion ini kali ini 80% tentang kisah bagaimana kisah kematian ayah Mahendra Baahubali dibunuh oleh Kapatta atas arahan raja atau adiknya yang jahat   Tetapi sebelum kematian Amarendra Bahubali ia bermula bagaimana beliau menemui cinta hatinya. Memang menarik scene perjalanan cerita ini.

Semasa beliau di istana kekasihnya Devasena, terdapat scene peperangan mereka di serang musuh. Memang best melihat hero dan heroin main anak panah bunuh musuh.

Kemudian atas komplot adiknya yang jahat Amarendra Bahubali telah bergaduh dengan ibunya kerana melindungi teman wanitanya Devasena. Hingga beliau telah kehilangan takhta kepada adiknya.

Selain itu scene sedih ialah Kapatta terpaksa membunuh Amarendra Bahubali atas arahan raja walaupun beliau tidak bersetuju namun arahan tetap arahan. Memang sedih betul aku lihat scene ini.

Pengakhiran filem ini apabila Mahendran Bahubali menyerang istana raja jahat si Bhalla dan pertarungan ini memang best giler.

Jika di buat perbandingan kedua-dua sambungan filem ini Baahubali 1 :The Beginning  lagi menarik, Scene terbaik ialah peperangan dengan orang asli.  Walau apapun keseseluruhan filem Baahubali 2: The Conclusion memang terbaik. kaki Wayang berikan rating 4.8/5.

Baahubali 2: The Conclusion