Avengers: Infinity War - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Avengers: Infinity War


Hari ini menonton filem sequel terbaru Avenger iaitu Infinity War. Filem ini memang ditunggu oleh semua peminat Marvel kerana filem Avenger sahaja akan keluarkan semua hero dalam satu filem!!!

Dalam filem Avengers:Infinity Wars ini bermula dengan Thor dimana Thanos iaitu kuasa jahat dan pemusnah planet sedang mengumpul batu infiniti.

Untuk pengetahuan terdapat 6 biji batu infiniti ini. Dan jika dikumpulkan boleh memberi kuasa yang besar kepada pemiliknya. Untuk Thanos ialah menghapuskan separuh jumlah penduduk alam semesta ini. Beliau berpendapat kepadatan penduduk di alam ini adalah penyebab kemiskinan dan kebuluran. Dan untuk memulihkannya ialah hapuskan sebahagian penduduk planet tersebut. Sebab itu ia memerlukan batu infiniti ini. Kerana Thanos dengan.hanya memetik jarinya semua benda hidup didunia ini boleh dimusnahkan.

Setiap batu terletak di beberapa lokasi dan untuk memahami filem ini anda harus kenali apakah batu, stone atau gem yang dicari oleh Thanos ni.

Batu infiniti pertama ialah Power Stone terletak di Zandar. Episod pertama Galaxy Of Guardian ada cerita ini. Thanos dah musnahkan Zandar untuk dapatkan batu kuasa ini.

Kedua ialah Space Stone adalah milik Loki. Terletak di Asgrad. Pernah diguna dalam filem pertama The Avenger. Diguna untuk pindah dari satu tempat ke satu tempat.

Sebab itu dalam filem Avengers:Infinity Wars, mula-mula ditunjukkan ialah kapal Thor diserang. Teruk Thor kena pukul. Yang sedihnya semua penduduk Asgard dan Loki mati dibunuh oleh Thanos.

Ketiga Soul Stone dan keempat ialah Time Stone pula berada di bumi. Time stone dijaga oleh Dr. Stranger manakala Soul Stone pula di pakai oleh Vision. Kesemua sejarah batu ini boleh dilihat dalam episod pertama Dr. Stranger untuk Time Stone dan Soul Stone pula Filem Avenger: Ultron.

Reality Stone pula terletak di planet Knowhere. Dalam filem Avenger: Infinity Wars tidak pula ditunjukkan bagaimana ia mendapatkan batu tersebut.

Batu terakhir iaitu Mind Gem pula, lokasinya hanya diketahui Gamora iaitu anak angkat Thanos iaitu ahli Galaxy Of Guardian.

Dalam filem ini untuk mendapatkan mindvgem, syaratnya ialah Thanos terpaksa korbankan orang yang paling beliau sayang iaitu Gamora. Pertama kali melihat Thanos menangis semasa campak Gamora ke gaung untuk dapatkan mind stone.

Dalam filem ini terpecah 3 bahagian dimana Iron Man, Spiderman, Dr. Strange serta ahli Galaxy Of Guardian iaitu Mantis, Star Lord dan Drax telah berlawan dengan Thanos di planet Titan. Iron Man dan Spiderman secara tak sengaja menaiki kapal angkasa Thanos kerana hendak menyelamatkan Dr. Strange dicuiik oleh orang kanan Thanos.

Kapal tersebut mendarat di Titan iaitu tempat tinggal Thanos dan secara tak sengaja mereka terserempak dengan ahli GOGalaxy yang sedang mencari Gamora yang diculik oleh Thanos semasa mereka ke planet Knowhere mencari collecter untuk mendapatkan reality stone.

Semasa lawan dengan Thanos mereka kalah dan Dr. Strange terpaksa berikan time stone kepada Thanos untuk elakkan Iron Man dibunuh.

Kumpulan kedua ialah Thor, Raccon dan Groot membantu Thor pergi ke planet Nedivenall iaitu planet pakar membuat senjata. Rupanya mereka yang membuat sarung tangan kuasa Thanos untuk  letakkan batu-batu tersebut.

Dalam filem ini Thor dah tak pakai penutup mata sebab Raccon dah kasi mata palsu dan juga ia mempunyai tukul baru yang dibuat oleh pakar senjata tersebut.

Setelah Thor mendapatkan tukulnya beliau telah ke bumi.  Dan berjuang bersama Avenger bagi mempertahankan batu terakhir iaitu Soul Stone dari diambil oleh Thanos.

Peperangan hebat ini berlaku di Wakanda iaitu negara Black Panther. Memang best pergaduhan ini.
Malah semua pergaduhan di Titan dan bumi sangat hebat
Malahan semasa orang kanan Thanos cuba tangkap Vision di Scotland dan tangkap Dr. Strange di New York pun hebat. Banyak sangat aksi hingga aku nak tulis pun tak.tahu macam mana.

Peperangan terakhir Avenger melawan makhluk asing melihat mereka kalah apabila Thanos tiba ke bumi. Black Panther, Wanda, Captain America, Okoye. Black Widow, War Machine, Sam Wilson, Groot, Raccon tak mampu kalahkan Thanos.

Thanos akhirnya memperolehi soul stone iaitu batu terakhir. Kemudian Thor pun tiba dan berjaya menikam Thanos dengan tukulnya. Namun semuanya telah terlambat apabila Thanos memetik jarinya dan hampir separuh penduduk bumi terlerai. Thanos kemudian hilangkan diri.

Black Panther, Wanda, Groot, Dr. Stranger, Mantis, Drax, Star Lord, Spiderman lenyap dihakis jadi helaian daun.

Sequel kali ini memang sedih lihat Avenger kalah teruk. Namun di akhir filem ini Nick Fury ada hantar mesej sebelum beliau pun lenyap. Siapa beliau panggil: Baca review : Captain Marvel) updated pada 12/3/2019
Rating filem ini aku kasi 10/10. Padat sangat dan hebat. Review terpanjang pernah aku tulis.