Captain Marvel Sinopsis - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Captain Marvel Sinopsis

Captain Marvel Sinopsis

Semalam menonton filem  sinambungan Captain Marvel iaitu Captain Marvel yang pada mulanya kita ingat berasal dari Hala iaitu bangsa Kree rupanya berasal dari bumi atau planet C543 itu panggilan untuk bumi oleh alien kat luar tu ler..

Permulaan cerita ini kita dimomokkan bangsa Kree iaitu dari Hala sedang menentang bangsa Skrull yang mempunyai kuasa menukar bentuk dan wajah. Rupa sebenar bangsa Skrull ini pun memang cukup ganas dan layak jadi penjahat.

Untuk pengetahuan planet Hala atau bangsa Kree ini dipimpin oleh Supreme Intelligent menurut aku ialah super komputer.

Captain Marvel atau namanya Vers panggilan di Hala atau nama sebenarnya  Carol Danvers di bumi, telah terpelanting ke planet C543 atau bumi semasa mengejar bangsa Skrull. Dimana beliau dan kumpulannya telah diserang hendap hingga beliau ditangkap oleh bangsa Skrull. Mereka cuba mengorek memori lama Vers untuk ketahui kordinat rakan lama Vers dibumi iaitu Dr. Lawson. Tapi beliau telah berjaya melarikan diri dengan menggunakan kuasa api yang boleh keluar dari tangannya. Semasa melarikan diri tu ler beliau terpelanting ke bumi.

Untuk pengetahuan filem ini berkisar tahun 1995. Masa itu video rekorder masih ujud lagi.  Ketibaan Captain Marvel telah diketahui oleh Fury dan Coulson yang merupakan orang baru Shield.

Pada mulanya Fury tak percaya tentang makhluk asing tetapi pertemuan pertama dengan Captain Marvel dan bangsa Skrull baru dia ketahui ada bangsa lain di bumi ni selain bumi.

Akhirnya Fury dan Vers telah bekerjasama mencari siapakah Dr. Lawson dan rakan baiknya Marie.

Rupanya Dr. Lawson merupakan bangsa Kree yang sedang membuat eksperimen kelajuan cahaya menggunakan salah satu  infinity gems The Space Stone ( Tesseract)
Salah satu 6 batu abadi yang dicari oleh Thanos....Ingat tak...

Lupakan semua tu. Dr. Lawson telah menggunakan batu The Space Stone ( Tesseract) untuk mencipta kapal kelajuan cahaya  dan ia dipandu uji oleh Vers tapi ia terhempas setelah ditembak jatuh oleh kapal mush.

Selepas kapal terbang tu jatuh yang menggunakan kuasa The Space Stone ( Tesseract). Vers cuba menyelamatkan Dr. Lawson tapi beliau telah mati.
Pada masa yang sama pihak yang menembak kapal mereka rupanya ialah komandan Kree iaitu Yon-Roghh yang cuba mendapatkan teras The Space Stone ( Tesseract) tersebut.

Beliau cuba mendapatkan maklumat dari Vers tapi Vers telah melawan dan mengelakkan dari ia mencuri dari kapal uji tersebut. Vers telah menembak enjin kapal tersebut dan kuasa dari The Space Stone ( Tesseract) telah melantun ke Vers dan beliau telah menyerap kuasa tersebut. Begitulah Captain Marvel memperolehi kuasanya.

Setelah Vers terkena lantunan kuasaThe Space Stone ( Tesseract) ia telah pengsan dan dibawa ke Hala dan dijadikan bangsa Kree. Ingatannya telah dipadamkan. Beliau telah dilatih oleh komandan yang menembak jatuh pesawat Dr. Lawson iaitu Ron-Yoghh untuk memperolehi maklumat darinya.

Rupanya Dr. Lawson ketahui bahawa bangsanya sendiri iaitu Kree merupakan penjajah bukannya  bangsa Skrull yang telah dijajah. Setelah Vers mengetahui bahawa bangsa Kree jahat beliau cuba membantu bangsa Skrull mencari kordinat teras The Space Stone ( Tesseract) agar mereka dapat melarikan diri dan tinggal di galaksi lain dengan tenang.

Komandan Kree yang jahat tu kemudian telah memanggil Ronan iaitu sekutunya membedil bumi setelah Vers ketahui rahsia kejahatan bangsa Kree. Namun dengan kuasa baru Vers dengan kacang dia kalahkan Ronan. Anda tahukan siapa Ronan tu kan...ada dalam filem Galaxy Of Guardian Vol1.

Akhirnya Komandan jahat Kree telah beliau tumpaskan dan beliau membantu bangsa Skrull mencari tempat tinggal baru. Sebelum beliau meninggalkan bumi dan rakannya Marie yang aku tak ceritakan dalam sinopsis ni. Sengaja aku tinggalkan..hehehehe.

Beliau telah memberi Fury satu alat komunikasi jika ada perkara kecemasan gunakan alat itu untuk memanggilnya. Itulah alat yang Fury gunakan dalam episod Avenger: Infinity War sebelum beliau hilang.

Captain Marvel akan memainkan peranan yang amat besar nanti dalam filem terakhir Avenger: Endgame nanti. Rupanya Captain Marvel ni ada kaitan dengan Avenger..nasib baik tengok.

Rating filem ni aku berikan 4.8/ 5...terbaik. Aku tak kasi penuh sebab kita kena imbas kembali semua cerita lama dalam Avenger dan juga Galaxy Of Guardian serta Thor kalau nak faham secara asas jalan cerita ini.

EVERTHING TO KNOW ABOUT INFINITY STONE