Lucy - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Lucy


Lucy

Hari ini aku dengan wife aku menonton wayang bertajuk Lucy. Kisah seorang wanita secara tidak sengaja terlibat dalam pengedaran dadah. 

Dalam kisah ini wanita ini bernama Lucy telah dijadikan kambing hitam membawa dadah kajian iaitu CPH-4, dimana dadah tersebut telah dimasukkan ke dalam perut Lucy.

Secara tak sengaja dadah tersebut telah pecah di perut Lucy disebabkan perutnya di tendang oleh penjahat. Dadah tersebut telah bercampur dengan darah beliau dan telah mengaktifkan kekuatan otaknya.

Otaknya berkembang dengan pantas hingga mampu menguasai kemampuan fungsi 100%!!! Dan bagaimana beliau menggunakan kekuatan mindanya mengalahkan musuh-musuh yang mengejar Lucy.

Rating filem ini aku kasi 3/10 sebab aksinya biasa-biasa sahaja dan banyak membebel..hehehhehe. Tapi dari segi cereka sains fiksyen ia memang best ler..

Tapi ada satu kelainan hari ini apabila aku menonton wayang hari ini ialah kami penonton menyanyi lagu kebangsaan "Negaraku" sebelum filem Lucy ini ditayangkan.

Mula-mula kekok juga apabila di screen panggung wayang meminta semua penonton berdiri dan menyanyi lagu kebangsaan...

Tapi aku respek pada GSC yang menyumbang sesuatu yang patriotik sempena Hari Kebangsaan ini..