Jumanji: The Next Level Sinopsis Dan Review - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Jumanji: The Next Level Sinopsis Dan Review

Jumanji: The Next Level

Filem sekuel Jumanji kini muncul dengan filem baru iaitu Jumanji: The Next Level yang dibintangi pelakon yang sama dalam filem Jumanji: Welcome to The Jungle. 

Ada penambahan beberapa pelakon baru untuk memantapkan filem ini. Filem ini aku berikan 4/5 bintang.

Sinopsis Jumanji: The Next Level :
Filem ini masih lagi berkisar tentang 4 sahabat dalam filem Jumanji: Welcome To The Jungle iIatu Spenser, martha, Fridge dan Bethany telah tamat sekolah tinggi mereka dan belajar di universiti.

Kehidupan mereka di dunia universiti gembira tetapi hanya Spenser tang mengalami kemurungan tekanan belajar di New York. Pada cuti semester mereka semua mahu bertemu semula, tetapi Spenser merasa rendah diri melihat semua rakan-rakan mereka berjaya.

Lalu Spenser telah membaiki semula alat video Jumanji dan secara tak langsung telah kembali ke Jumanji. Rakan-rakan mereka yang lain mengetahui tindakan mereka dan pergi masuk untuk menyelamatkan Spenser tetapi Bethany tertinggal dan masuk ialah datuk Spenser iaitu Eddie  dan kawan Datuk Spenser iaitu Milo..

Kali ini permainan video mereka ialah melawan Jurgen the Brutal yang telah mencuri permata helang. Mereka hanya boleh pulang setelah memegang permata tersebut dan menyebut Jumanji.

Manakala Bethany yang tertinggal telah meminta bantuan Alex( pelakon dalam filem Jumanji: Welcome To The Jungle) dan mereka telah mEmbantu semua rakan-rakan mereka menentang Jurgen The Brutal.

Jumanji: The Next Level (2019) on IMDb

Review Jumanji: The Next Level :
Pelakon handalan yang membintangi filem ini sudah semesti The Rock Dwayne Johnson serta Jack Black. Secara peribadi untuk aku yang menghidupkan filem ini ialah Jack Black yang memegang watak Prof Shelly Oberon memang terbaik. Watak komedi beliau aku tabik 100% memang kelakar.
Melihat dia dimakan oleh ular sawa serta watak bersahaja itulah kelebihan Jack Black.

Manakala The Rock yang memegang watak Dr. Smolder Bravestone terpaksa berlakon menjadi watak datuk Spenser iaitu Eddie dan Spenser. Memegang dua watak berlainan memang susah. Watak hero Spenser dan orang tua degil Eddie. Lagi satu yang kelakar ialah trade mark The Rock dibawa ke filem ini iaitu angkat kening masa zaman WWF pun kelakar. Rindu dengan mimik muka tersebut.


Perjalanan filem ini sentiasa penuh dengan aksi dan level yang mereka harus selesaikan. Daripada melawan konco-konco Jurgen serta melawan burung unta yang ganas serta monyet liar memang terbaik dan kelakar.


Jumanji: The Next Level

Kelainan dalam filem Jumanji ini ialah setiap watak boleh bertukar jika berendam dalam kolam dan jika mereka berpegang tangan maka mereka akan bertukar tubuh. Ini memang kelakar apabila
Ruby Roundhouse dan Franklin "Mouse" Finbar bertukar tubuh.

Watak baru dalam filem ini ialah Ming dimana watak permainan pertama dimasuki oleh Spenser. merupakan pencuri dan mempunyai kekuatan dan kelemahan mereka. Dalam filem Jumanji: The Next Level ini watak-watak ini mempunyai kelemahan dan kekuatan  yang terbaru.
Paling kelakar ialah kelemahan makan kek. 

Jumanji: The Next Level

Perubahan terbesar dalam filem ini ialah Jumanji kali ini bukan kisah dalam hutan tetapi di padang pasir dan kawasan salji serta terpaksa memanjat lereng bukit bersalji menentang Jurgen The Brutal. Inilah kelainan terbesar Jumanji.
Filem Jumanji: The Next Level  ini berlainan dengan filem pertama dan ia diberi nafas baru yang layak ditonton oleh keluarga. Dari mula hingga tamat anda tak kering gusi dan ia yang penting ia jug amemasukkan elemen kasih sayang antara dua sahabat serta percintaan. Serta juga salah faham Spenser yang melihat gambar rakan-rakannya, dia ingat rakaan-rakannya gembira.

Jom lihat filem ini..!!!



Initial release: December 4, 2019 (France)