EJEN ALI THE MOVIE 2019 REVIEW DAN SINOPSIS - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

EJEN ALI THE MOVIE 2019 REVIEW DAN SINOPSIS


EJEN ALI THE MOVIE 2019 REVIEW DAN SINOPSIS


Sinopsis:
Ejen Ali memegang peranannya sebagai perisik MATA dan satu-satunya tuan IRIS sekarang. Tetapi tidak diketahui Ali, MATA sedang membangunkan versi baru IRIS, IRIS Neo. Apabila IRIS Neo mula digunakan untuk semua ejen, Ali mula mempersoalkan kegunaannya kepada MATA. Dia didatangi oleh seorang misteri yang bernama Niki iaitu kawan rapat arwah ibunya  Meningkatkan kesetiaannya kepada MATA, Ejen Ali kini akan memulakan pengejaran mendebarkan untuk membongkar hubungan misteri itu.

Pendek kata cerita ini tentang merungkai rahsia ibu Ejen Ali serta mendekati masyarakat pinggiran bandar yang diperjuangkan oleh Nikki iaitu rakan ibuya. Watak Nikki anda akan kenali pada awal-awal tayangan fiem ini.


Review:
Rating filem ini aku berikan 4.5/5, aku akui ia sebuah filem yang amat berkualiti dan agak terperanjat betapa majunya teknologi animasi Malaysia sehingga setaraf dengan dengan filem animasi barat. Dengan bermodalkan RM6.5juta aku amat kagum dengan animasi Ejen Ali The Movie ini.

Filem ini banyak memainkan perasaan dalaman Ejen Ali apabila gajet utamanya iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) telah ditukarkan oleh IRIS NEO yang lebih canggih dan tidak mempunyai bug seperti milik Ali apabila ia cuba menggunakan Overide Mode. kasihan jug amelihat Ali seolah-olah dipinggirkan oleh rakan-rakan ejen yang lain dan kehebatan IRIS NEO lebih hebat dari IRIS Ejen Ali.

Dalam filem ini unsur jenaka pasti ada terutama dari rakan-rakan Jeneral Rama iaitu bapa angkat Alicia yang meniaga kedai mamak mula menyanyi. Memang kelakar, tak sangka ada unsur nyanyian dalam filem ini. Tak lupa juga watak kelakar Uncle aka Ejen Bakar yang menceriakan suasana aksi dalam filem ini.

Teknologi senjata yang digunakan dalam filem ini memang hebat. Aku pun tak terfikir pencipta animasi Malaysia boleh mencipta satu trademark penggunaan bahasa seperti Zapareum iaitu tenaga terbaru serta senjata-senjata futuristik yang hebat. Meliat Ejen Ali mengawal robot  menggunakan sistem Overide Mode IRISnya serta bagaimana NIkki memakai sut berteknolgi tinggi malah melihat sistem pengangkutan menggunakan dron sahaja.

Tak malu aku katakan Ejen Ali ini setaraf dengan Lord Of  The Ring/ Harry Potter yang mencipta dunia mereka sendiri dengan kata-kata serta latar belakang yang berlainan dari dunia realiti kita. Ejen Ali boleh mencipta dunia animasi mereka sendiri jika diberikan masa. Melampau pujian aku ini yerr..hehehehe.

Ransangan aksi menonton filem ini aku katakan belum sampai kemuncaknya lagi TETAPI filem ini mensasarkan untuk golongan kanak-kanak maka aku rasa ianya terbaik. Aku biasa juga menonton filem aksi animasi seperti Godzilla dan lain-lain. Kalau dibanding tahap aksi filem Ejen Ali dengan filem aksi yang lain ada kekurangannya. Sebaiknya berilah aksi yang agak hebat terutama masa Ali kuasai robot di bangunan Vikram atau pertarungan dengan semua Ejen MATA menentang Nikki .Ini pandangan peribadi aku yer..

Tahap kesedihan filem ini boleh diberikan umpph lagi terutama waktu Ejeb Ali berjumpa dengan ibunya di Dimensi IRIS. Tapi tahap kesedihan tu tak sampai kepada penonton sehingga nak menangis. Kita tengok rileks jer walaupun Ejen Ali menangis dalam filem tersebut. Sayang plot sedih dah ada tapi tak digunakan semaksimumnya..

Keseluruhannya filem Ejen Ali The Movie ini filem wajib tonton unruk semua ahli keluarga. Filem yang baik!!!




Directed byUsamah Zaid Yasin
Written byUsamah Zaid Yasin
Shafiq Isa
Fuad Md Din
Based onEjen Ali by Usamah Zaid Yasin
StarringIda Rahayu Yusoff
Nabilah Rais
Azman Zulkiply
Noorhayati Maslini Omar
Shafiq Isa
Salina Salmee Mohd Ali
Abu Shafian Abd Hamid
Ahmad Sufian Mazilan
Megat Zahrin Megat Hisham
Altimet
Music byAzri Yunus
Hakim Kamal
Edited byAndi Abdul Ghani
Reuben Singham
Production
company
Distributed byPrimeworks Studios
Release date
  • 28 November 2019 (Malaysia)
Running time
97 minutes
CountryMalaysia
LanguageMalay
BudgetRM6.5 million