HELLBOY 2019 - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

HELLBOY 2019

HELLBOY 2019

Peminat HELLBOY dahulu tentu sahaja akan mengingati tentang watak setan tanpa tanduk yang kelakau dalam menyelamatkan dunia manusia dari raksasa.

Dan versi baru HELLBOY 2019 baru telah muncul sebagai pengubat peminat Hellboy. Tapi bagi sesiapa yang tidak ikuti siri Hellboy terdahulu tidak mengapa kerana jalan ceritanya amat berlainan sama sekali. Tak kena mengena dengan sambungan terakhir Hellboy dahulu dimana makwenya mengandung dan mereka hilangkan diri dari dunia manusia.

Versi baru Hellboy 2019 kali ini menceritakan bagaimana Hellboy akan melawan Permaisuri Darah Nimue yang telah diceraikan 7 bahagian badan oleh Raja Arthur semasa hendak melepaskan wabak berdarah. Dan jasadnya di simpan diserata dunia.

Tapi setelah berabad lamanya , ada usaha untuk menyatukan kembali tubuh Nimue oleh musuh-musuh Hellboy. Bagaimana Hellboy hendak menentang Nimue yang abadi nanti?

Dalam cerita ni juga, ada terselit kelab Orisis yang meminta bantuan Hellboy menangani raksasa atau Troll yang merayau di Britain. Tapi beliau dikhianati dan cuba dibunuh oleh ahli Orisis.

Selain itu beliau juga menjumpai Alice yang mempunyai kuasa psikik dan berhubung dengan roh. Mereka berdua adalah kawan lama ketika  Alice diculik oleh pari-pari.

Tambahan lagi ialah pasukan Hellboy selain Alice dalam menangani Nimue mereka juga dibantu oleh agensi Britain M11 iaitu Daimio yang boleh berubah menjadi harimau jadian.

Rating filem ini aku berikan 4.9/5 kerana ia mempunyai konflik mainan dalaman yang diulas begitu baik oleh Hellboy.

Untuk pengetahuan untuk membunuh Nimue hanya boleh menggunakan pedang Excalibur milik Raja Arthur. Dan tragisnya , Hellboy adalah keturunan Raja Arthur dimana ibunya bercinta dengan setan. Disahaja mampu memegang pedang Excalibur ni.

Tapi jika ia memegang pedang Excalibur ni, Hellboy akan menjadi raksasa dan pembunuh manusia serta akan menyeru setan dari neraka keluar membunuh manusia. Bagaimana ia hendak atasi masalah ini?

Selain iti Daimo juga hadapi konflik samada hendak percayai Hellboy atau tidak? Dan pada masa yang sama, sumpahan harimau jadian yang berlaku pada dirinya itu.

Selain itu kasih sayang antara ayah angkatnya Profesor Broom dan Hellboy amat tinggi sekali. Kita dapat melihat lakonan yang hebat mereka berdua ini.

Hebat cerita ni, dah lama tak tengok cerita raksasa. Tapi dari segi gaduh lagi bagus filem superhero Marvel atau DC. Kadangkala aku rasa DC atau Marvel merosakkan genre filem-filem lain.