Death Wish 2018 - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Death Wish 2018

Death Wish 2018

Death Wish 2018 filem terbaru lakonan Bruce Willis yang dikeluarkan pada bulan March 2018 dan aku agak terlambat menontonnya. Aku hanya ketahui filem Death Wish 2018 ini melalui rangkaian astro.
Teruk aku ni kan ..hahahhaha.

Filem ini dinamakan Death Wish 2018 sebab ada sequen sebelumnya lakonan Charles Bronson yang membawa 5 siri file mini. File mini seakan-akan sama seperti filem lakonan Charles Bronson cuma di remake dengan lakonan Bruce Willis.

Filem Death Wish 2018   ini mengisahkan Dr. Paul Kersey iaitu pakar bedah trauma di wad kecemasan sering melihat keganasan di wad beliau.  Pada suatu hari apabila iseri dan anak perempuannya dirompak dan diserang hingga  menyebabkan isterinya mati dan anaknya koma. Beliau ingin membalas dendam terhadap pelaku anaknya itu. Sebagai doktor beliau tidak mempunyai kemahiran menembak tetapi beliau belajar perlahan-lahan menembak dan akhirnya menjadi mahir.

Detik pertama beliau mula menjadi hero di bandarnya ialah melihat seorang wanita di rompak di tengah jalan dan selamba jer dia tembak orang tu, Kecoh di serata TV siapakah hero tersebut. Nak dijadikan  cerita semasa beliau merawat pesakit di wad kecemasan beliau mendapati pesakit tersebut memakai jam tangannya yang dicuri semasa rompakan. Dia mula melakukan penyiasatan dan mula membunuh semua perompak yang merompak rumahnya. 

Yang pertama dia selamba jer tembak  di pub orang jahat tu bekerja. Kemudian satu lagi orang jahat yang kerja kat bengkel kereta dengan selamba dia jatuhkan kereta kat kepala orang jahat tu. Memang kejam cerita ini dan dengan selamba jer bunuh orang. Untuk menangkap orang terakhir agak sukar kerana orang yang terakhir tu dah kenal siapa dia.

Pada masa yang sama anak dia pun dah sedar dari koma dan pada masa itu juga orang jahat tu serang rumah dia dengan konco-konconya. Ini memang best sebab dia ada simpan mesingan kat bawah meja dan dia tibai orang jahat tu tanpa perasaan. Anak perempuannya  dia sembunyikan bawah kolong tangga Supaya senang di anak bunuh orang jahat  tersebut.

Filem Death Wish 2018  ini menarik kerana pelakonnya Bruce Willis yang membawa watak dengan baik. Kalau orang lain mungkin tak berapa menjadi kot. Dalam filem ini pihak polis sudah mula mengesyaki Dr.Paul ini tapi kawan dia cover dia baik punya. Di akhir cerita, Dr. Paul terlepas dari semua suspek kerana tiada bukti.

Rating filem Death Wish 2018 ini aku berikan 4/5 sebab ia mempunyai aksi yang melampau dan penuh debaran. Ianya sebuah filem kepada penonton yang mahukan old school fighting tanpa kuasa ajaib. 
Untuk aku filem ini adalah filem wajib tengok walaupun ia tak hebat sangat macam John Wick lakonan Keanu Reeves tapi ia tidak mengecewakan apabila anda menontonnya. Filem ini penuh dengan pembunuhan yang selamba..hihihi.