BLEACH LIVE ACTION (2018) - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

BLEACH LIVE ACTION (2018)

BLEACH LIVE ACTION (2018)

Bleach live action atau Bleach The Soul Reaper Agent Arc merupakan film animasiJepun  di tahun 2018 yang dicipta oleh Shinsuke Sato dan ditulis oleh Shinsuke Sato dan Daisuke Habara. Filem Bleach sendiri yang mempunyai beratus episod ini memang popular pada kalangan peminat animasi.

Filem Bleach dibintangi oleh Sota Fukushi, Ryo Yoshizawa, Hana Sugisaki, Erina Mano, Taichi Saotome, Yu Koyanagi, Miyavi, Masami Nagasawa, Seiichi Tanabe, Yosuke Eguchi. Film Bleach di siar pada  20 Julai 2018 di Jepun.

Bleach live action bercerita tentang seorang pahlawan yang bernama Ichigo Kurosaki (Sota Fukushi) seorang remaja yang berambut oren dari daerah Karakura Town yang boleh  melihat hantu. Ichigo Kurosaki telah mampu melihat kematian sejak masa kanak-kanak. Hingga membawa kematioan ibunya yang dibunuh oleh Hollow Grand Fisher.

Bakat yang dimiliki oleh Ichigo Kurosaki memungkinkan dirinya bertemu dengan Rukia Kuchiki (Hana Sugisaki) seorang Soul Reaper yang misinya aitu menghantarkan jiwa orang yang mati dari dunia hidup menuju ke Social Society sambil bertempur dengan melawan Hollows yang merupakan raksasa jiwa yang tersesat.

Hollows mampu membuat membahayakan hantu maupun juga manusia. Pada saat Rukia Kuchiki terluka parah pada saat mempertahankan keluarga dari Ichigo Kurosaki dan keluarganya dari Hollows. Rukia telah memindahkan kuasanya kepada Ichigo dan Ichigo menjadi Soul Reaper.

Hal ini mengakibatkan Ichigo Kurosaki dapat bertarung untuk menggantikan Rukia Kuchiki untuk sementara hingga dia dapat memulihkan kekuatan dirinya. Akan tetapi Ichigo Kurosaki mendapati dirinya dalam pertarungan di luar imaginasi. pertama menentang hollow dan kedua menentang Soul Repaer Renji dan guru Rukia yang mamhu membunuh mereka kerana memindahkan kuasanya.

Rating filem Bleach live action ini aku berikan 4.8/5, sebab memang terbaik. Pengarah cuba memasukkan seberapa banyak elemen dari filem animasi ini. selain itu grafik yang ditunjukkan memang hidup dan berkesan. Dan aku memang peminat Bleach dari dulu lagi.

Semasa Ichigo melawan Grand Fisher kita dapat melihat tornado dan raksasa diolah sebegitu baik dan nampak real. Selain itu pakaian serta senjata Soul Reaper memang awesome, kagum melihat pedang Ichigo!!

Cuma aku rasa macam berserabut melihat raksasa Hollow yang banyak tangan hingga ia nampak berselerak. Namun ia tetap menarik. Bukan senang membuat cerita kartun animasi dijadikan filem lakunan oleh manusia. Prop dan grafik mesti hampir sama dengan filem animasi, apatah lagi bagi peminat tegar Bleach sudah tentu dapat melihat perbezaan animasi dengan filem ini.

Dalam filem Bleach animasi Bleach kekuatan Ichigo ialah semangat kentalnya hingga membolehkan beliau menjadi Soul reaper separa hollow kalau tonton animasinya. Aku menunggu punya dan akhirnya dapat melihat semangat kental Ichigo dibelasah oleh guru Rukia namun ia berdiri setiap kali dibelasah. sedih bro....huhuhuhuhu.


Filem ini adalah filem wajib tonton untuk peminat animasi Jepun!!!