Power Ranger - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Power Ranger



Kaki wayang hari ini menonton filem aksi terbaru iaitu Power Ranger.

Power Ranger merupakan sebuah rancangan yang sinonim dengan kehidupan aku. Ada pelbagai siri Power Ranger yang aku tonton. Dari binatang punya power hingga ke kereta hingga ke dinosour.

Dalam filem Power Ranger ini kuasa zord mereka ialah Dinosour. Rating yang boleh aku berikan ialah 3/5.

Filem aksi yang biasa sahaja. Dan jalan cerita mereka untuk menjadi Power Ranger memang cukup lama.

Bagaimana mereka kenal agak pendek tapi bagaimana mereka untuk dapatkan kuasa sebagai Power Ranger memang cukup lama. Bosan.

Lagi satu, Rita si kuasa jahat sebenarnya boleh membunuh mereka tapi aku pun tak tahu kenapa dia tak bunuh mereka semua.

Dari segi kostum serta Zord yang digunakan agak biasa sahaja. Tak gempak sangat. Lagi gempak pakaian Superman yang terbaru..hehehehe.

Dan bagaimana Zord mereka bertukar menjadi Megazord pun tak begitu jelas. Ia tiba-tiba sahaja jadi Zord selepas jatuh dalam lubang Kristal Zeo.
Tak best pula...

Manakala robot si Alpha 5 pula alahai..punyalah tak grafik. Robot yang biasa-biasa sahaja. Tiada kelebihan yang menampakkan ia robot terkini.

Disebabkan filem Power Ranger ini sebuah rancangan yang popular maka ia dapat menutup banyak kelemahan dalam filem Power Ranger ini.

Filem Power Ranger ini berbanding dengan filem tempatan tiada bezanya. Cuma budget kostum dan komputer mereka yang tinggi itu bezanya.

Kalau kita diberi budget sebegini mungkin kita boleh buat lagi baik..!!!!

Tapi sekadar untuk melepaskan rindu zaman Power Ranger, filem ini boleh ditonton.