Pitch Perfect 3 - Kaki Pawagam

Kaki Wayang Yang Tegar

Pitch Perfect 3

Pitch Perfect 3


Tempoh hari aku ada menonton filem terbaru Kumpulan The Bella iaitu Pitch Perfect 3. Sebenarnya aku bukan sangat follow filem Pitch Perfect ini. Tahu-tahu kecoh keluar sambungan ketiga. Setelah siasat aku baru teringat aku pernah melihat filem no 1 tetapi filem no 2 aku tak pernah lihat..hehehe.

Disebabkan isteri aku mahu tengok sangat sebab terpengaruh dengan review filem Pitch Perfect 3 ini mahu tak mahu aku terpaksa tengok ...huhuhu

Pitch Perfect 3
Sinopsis filem ini tentang selepas kejayaan The Bella  memenangi kejuaraan dunia, Bellas mendapati diri mereka berpisah dan mendapati tidak ada prospek kerja untuk membuat muzik dengan mulut anda. Tetapi apabila mereka mendapat peluang untuk menyatukan semula lawatan USO di luar negara, kumpulan hebat ini akan bersama-sama membuat beberapa muzik, dan beberapa keputusan yang dipersoalkan, kali terakhir.

Dalam filem ini kita akan melihat Becca terpaksa membuat keputusan meninggalkan kumpulan The Bella untuk bergerak solo. Manakala Fat Amy pula terpaksa menghadapi ayahnya seorang gangster yang inginkan duit peninggalan ibunya. Melihat The Bella bersaing dengan kumpulan muzik lain yang mengguna alat muzik  dan mereka bertanding hanya menyanyi dengan menggunakan mulut sahaja.

Apa yang menarik tentang filem ini? Dari mula hingga akhir semuanya menarik!!! Kalau anda suka cerita komedi, inilah filem yang wajib anda tonton.

Pitch Perfect 3
Pertamanya aku tabik pada pelakon Rebel Wilson yang membawa watak Fat Amy kalau bercakap selamba jer dia kutuk kawan-kawan dia. Memang pedih kutukan dia tu...hahahaha.
Termasuklah semasa pertandingan beradu suara dengan kumpulan lain. Untuk aku diva komedi dalam filem ini watak Fat Amy.

Disebabkan filem Pitch Perfect 3 ini ialah filem komedi berunsur filem muzikal, lagu yang dinyanyikan memang sedap-sedap belaka. Lagu bergaduh sama sendiri pun best dengan tarian dan gaya mereka semua.

Dalam filem ini kita akan melihat kelam kabut ahli The Bella hingga membakar parti serta melepaskan lebah. Melihat mereka meletupkan kapal layar kepunyaan ayah Fat Amy yang menculik mereka.

Seronok aku menonton filem Pitch Perfect 3. Dah lama aku tak ketawa..hahahahha. Walau pun aku belum melihat filem kedua mereka tapi aku masih boleh memahami filem ini.

Sebuah filem yang biasa tetapi mempunyai pelakon yang hebat membuat filem ini menjadi hebat .